May 27, 2011

PLEASE READ THIS...LUAHAN ANAK TIRI MONA FENDEY..

Salam...
hampa mesti pernah dengar nama MONA FENDEY..??
seorang pembunuh wanita yg di kecam hebat oleh media dan masyarakat suatu ketika dahulu...
time tu me kecik lagi la.. tapi still remember time diorang gari dia kuar masuk mahkamah..
but idk what happen..sebab kanak2 lagi..
-
me ada benda nak share with u olls... 
TOLONG BACA di bawah nih...
PENTING SANGAT untuk korang FAHAMI...
LUAHAN SEORANG ANAK MONA FENDEY
So, kalau ada pa2 nak komen juz tulis kat bawah nih..
ruangan berkomen-komen la ya..
-
Anak terpaksa tanggung dosa seorang ayah

Jumpa ayah di penjara


“SIAPA yang ingin dilahirkan sebagai anak pembunuh? Saya tidak minta dilahirkan sebagai anak Mohd Affandi, tetapi Tuhan sudah menentukan begitu. Saya tidak pernah menyesal dilahirkan ke dunia. Sebagai seorang Islam, saya terima takdir saya.


Yang menyedihkan ialah sikap masyarakat yang tidak faham. Mengapa saya turut dipersalahkan di atas perbuatan ayah dan ibu tiri saya? Adakah semua anak pembunuh turut menjadi pembunuh... penjahat?


Bukan sehari dua saya menghadapi tekanan masyarakat, tetapi sejak zaman kanak-kanak hingga sekarang. Saya diberhenti atau diminta berhenti empat pekerjaan dalam tempoh dua tahun lalu.

Malah, hasrat saya untuk bertunang juga tidak kesampaian apabila keluarga kekasih saya menentang hubungan kami apabila mengetahui saya ada hubungan darah dengan Mohd Affandi dan Mona Fandey.


Saya cukup tertekan kerana hubungan dengan kekasih sangat baik, walaupun dia tahu latar belakang keluarga saya.

Namun sebaik saja memaklumkan kepada keluarganya, mereka tidak dapat menerima saya dan meminta hubungan kami diputuskan.

Bayangkan perasaan ibu saya yang sudah membeli cincin dan memaklumkan kepada saudara-mara supaya bersiap sedia kerana akan menghantar rombongan peminangan, tetapi akhirnya terpaksa menebalkan muka memberitahu majlis itu tidak jadi.

Sebelum itu, ketika di kolej saya pernah bercinta dengan dua gadis, tetapi akhirnya terputus selepas mereka mengetahui saya anak Mohd Affandi dan Mona Fandey.


Derita saya bukan hanya dalam percintaan, malah sukan. Saya mewakili Kelantan dan kini Kuala Lumpur dalam acara taekwando. Dalam satu pertandingan, ada peserta mengundurkan diri dan tidak mahu berlawan dengan saya apabila mengetahui saya anak Mohd Affandi kerana bimbang saya membawa ilmu arwah ayah dan ibu tiri saya.

Betapa malu dan rasa terhinanya saya. Adakah mereka menganggap saya tiada kebolehan? Banyak lagi tekanan masyarakat yang cukup mengguris hati, tetapi apalah daya saya. Saya tidak mampu menemui semua orang dan menceritakan kesedihan dan kisah sebenar saya.


Inilah tujuan utama saya mendedahkan diri dan menceritakan kisah saya kepada Metro Ahad. Saya bukan ingin mencari publisiti. Malah, saya bersedia menghadapi ‘serangan’ keluarga kerana yakin saudara-mara yang membaca kisah ini akan marahkan saya.

Bagaimanapun, saya cuma mahu keadilan. Saya mahu masyarakat faham dan tahu kisah sebenar dan tidak terus menyeksa saya di atas kesalahan yang saya tidak lakukan. Saya hanya mahu menjalani kehidupan normal seperti insan lain yang mempunyai kerjaya dan keluarga sendiri.


Terlalu berat rasanya untuk melangkah mengharungi kehidupan hari ini. Bayangkan kerana wajah saya mirip ayah, saya dipaksa makan pelbagai ubat oleh keluarga bertujuan mengemukkan diri supaya orang tidak cam yang saya anak Mohd Affandi.

Saya cuma mahu masyarakat tahu saya hanya membawa nama ayah, tetapi saya tidak pernah menjadi anak ayah. Saya tidak pernah mendapat kasih sayang ayah kerana arwah (Mohd Affandi) meninggalkan ibu ketika saya dalam kandungan.


Saya tidak pernah tahu siapa ayah saya sehingga saya berusia sembilan tahun apabila ibu memanggil saya dan memberitahu yang ayah saya masih hidup. Ketika itu pun saya hanya melihat wajah arwah di televisyen kerana didakwa atas tuduhan membunuh.

Berikutan terlalu gembira saya sebenarnya ada ayah, saya bercerita kepada rakan di sekolah bahawa Mohd Affandi itu ayah saya. Biasalah sebagai kanak-kanak, kita tidak dapat memikirkan baik dan buruknya.

Akhirnya saya menjadi mangsa cercaan dan yang paling saya tidak dapat bersabar apabila mereka menghina dan sindir saya dengan mengaitkan nama ayah saya.

Kata-kata yang paling saya tidak dapat dengar dan terima ialah “engkau nak jadi macam bapa engkau. Bapa engkau pembunuh.” Kata-kata itu menyebabkan saya menjadi ‘panas hati’ dan selalu bergaduh.


Sebab itu saya belajar taekawondo ketika berusia 12 tahun. Saya menjadikan gelanggang taekwondo sebagai tempat melepaskan geram dan perasaan marah hingga memperoleh tali pinggang hitam.

Kali pertama saya berjumpa arwah ayah di Penjara Kajang ketika berusia 16 tahun. Bukan seperti kanak-kanak dan remaja lain yang membesar dengan kasih sayang ayah mereka, bayangkan saya berjumpa ayah kandung buat kali pertama di penjara.

Sebaik saya memasuki bilik perjumpaan tahanan dengan waris dan mengangkat telefon, ayah memanggil nama saya. Saya terkejut kerana walaupun tidak pernah berjumpa, ayah mengenali saya.

Pada pertemuan itu, ayah hanya bertanya khabar dan perkembangan saya. Pesanan ayah saya ingat hingga ke hari ini iaitu supaya jangan setakat belajar taekwondo, belajar juga silat.

Selepas itu, saya sering mengutus surat kepada ayah dan pernah berjumpanya dua kali sebelum saya menerima berita ayah akan dihukum gantung keesokannya (2 November 2001). Sebenarnya keluarga saya mengetahui tarikh hukuman itu seminggu lebih awal, tetapi merahsiakannya dan hanya memaklumkan kepada saya pada hari terakhir.

Saya dan keluarga bertolak dari Pantai Cahaya Bulan (Kelantan) ke Penjara Kajang pada 1 November 2001. Seingat saya, kami bertolak menaiki empat kenderaan. Sejurus tiba pada hari sama, ayah mahu berjumpa saya bersendirian manakala yang lain tidak dibenarkan masuk.

Saya di dalam bilik selama tiga jam bersama ayah. Itu kali pertama kami bersentuhan kerana sebelum itu kami dipisahkan oleh dinding kaca dan hanya berbual menerusi telefon.

Saya masih ingat kata-kata ayah yang mengaku dia tidak bersalah. Menurutnya, dia tidak membunuh Datuk Mazlan (Idris), sebaliknya semua itu angkara Mona dan Juraimi Husin. Bagaimanapun, arwah berkata dia menerima takdirnya.


Saya difahamkan oleh petugas penjara, ayah berpuasa selama tiga tahun secara berterusan sehingga hari kematiannya.

Saya tidak tahu adakah ayah berpuasa kerana insaf di atas apa yang berlaku. Saya tidak berhak memberi pandangan dan andaian kerana itu antara ayah dan Allah SWT.

Yang pasti, ayah sudah menerima balasannya. Yang menghairankan ialah, mengapa masyarakat masih menghukum zuriatnya yang tidak tahu menahu mengenai kejadian (pembunuhan Mazlan) yang berlaku.

Kami semuanya tiga beradik (daripada zuriat Mohd Affandi). Abang saya berusia 27 tahun adalah anak hasil perkahwinan pertama manakala adik perempuan saya, Mazdiana, kini 18 tahun, adalah anak hasil perkongsian hidup dengan Mona.

Setiap kami mempunyai pengalaman sedih. Bagaimanapun, antara ketiga-tiga anak ayah, saya seorang yang berjaya disembunyikan daripada media hinggalah hari pengebumian ayah.

Sejak itu hidup saya berubah. Saya tidak tahu bila derita saya akan berakhir, tetapi saya tidak berhenti berdoa.


Kepada masyarakat yang membaca kisah saya, saya hanya berharap mereka faham, saya juga ciptaan Allah yang ingin melalui kehidupan dengan penuh ketenangan.

-

T____________________T

me sedih gilerr... kecian dia..kenapa nak salahkan anak yg tak berdosa..
well...me paham situasi penulis nih...
hmmmm......
seandainya awak membaca entry nih...saya harap awak tabah hadapi semua nih..banyakkan doa kepada ALLAH...moga ALLAH tunjukkan hidayah kepada orang yg menghina awak..
dan moga awak berjaya dalam hidup....
ikhlas dari me..
+____________=



18 comments:

  1. pergh.. sedih cerita die ni.. inilah mentaliti masyarat kite sekarang, salah orang lain, orang lain pulak yg terkena kesannya.. moga beliau tabah menghadapi liku2 hidup, aminn... :)

    ReplyDelete
  2. yup keyri...memamang mentaliti manusia yg xpernah nak fikir yg positif...

    ReplyDelete
  3. sedih walaupun cerita dah lama...

    ReplyDelete
  4. mmg kita tak patut salahkan anak dia, tp sy fhm jugak ibu bapa lain yg tak restu hubungan anak bersama dia. sbb mesti diorg syg anak diorg dh tak mahu ambil risiko.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup tak patut lansung.. kasihan anak anak yang tak bersalah should give them another chance to they live what as they want.. kan..

      Delete
  5. xpatut kita atau masyarakat luar sana mnghina ank tiri si mona ni... kita patut bg sokongan.. bg dia cheer up dan tidak ckp bnda negatif trhdp kes pmbunuhan itu

    ReplyDelete
  6. Bila saya baca cerita ni , hati saya tersentuh.Kita tak patut salahkan anak Affendi sebab dia tak terlibat dalam hal ni.Mungkin Affendi buat semua nie atas kehendak Mona dgn Juraimi nie.Apa2 pun Al-Fatihah pada arwah Mona,Affendi dgn Juraimi.

    ReplyDelete
  7. Sedih bace cerita nie.. sy tertanya2 kenapa masyarakat kita sering berpandangan negetif terhadap keluarga yang didapati bersalah.. kenapa masyrakt menghina mereka sedangkan mereka x bersalah apa dosa mereka.. sy berharap dye n adik berdik nya yg lain kan tabah mungkin ini ujian dari allah n ketahui lah allah sgt meyayangi mereka pada msyrakt yg buta xsemua manusia nie sempurna kita tak taw pjalanan hidup kita macm mne.. jgn dicaci dihina orang lain sbb kta pon mgkin jd lebih truk dr apa mereka lakukn... berdoa la yg terbaik.. al fatihah moga roh arwah dicucuri rahmat..

    ReplyDelete
  8. SEORANG SAHABAT BAIK PERNAH BERCERITA...MASA JADI TAHANAN DI PENJARA PUDU...BELIAU SGT RAPAT DGN ARWAH FENDI...RAMAI YG TAHU...ARWAH FENDI SEORANG YG KUAT BERIBADAT...& BYK MNGAJAR SAHABAT SY TENTANG AGAMA...MUNGKIN PEMBACA SEMUA AKN BKATA...YE LAH SBB NK KE TALI GANTUNG??? MCM SY JUGA...PD AWALNYE...SETELAH BTAHUN2 SY MNDENGAR CERITA SAHABAT...SY AMAT YAKIN...ARWAH FENDI PUNYE PERIBADI YG MULIA....UNTUK ANAK ARWAH....BSABARLAH WAHAI SYG...MASIH ADE YG MNGENANG KBAIKAN KBAIKAN ARWAH BAPAMU.....ALFATIHAH....

    ReplyDelete
  9. Masyarakat sekarang kene slalu think positive ..mmg bukan smua mnde kene fikir positive but jgn smpai org lain dipersalahkan atas apa yg diorg tak buat .. hanya allah je yg tau apa yg trjadi..smua rahsia allah .. kita ambil je pengajaran dari smua yg trjadi ni .. al fatihah buat maznah ismail dan mohd affendi ..

    ReplyDelete
  10. sabar la wahai sahabat..
    hukuman manusia x kn pernah habis..
    kesalahan bukan pde awk..
    kerana kisah silam n latar belakang fmly ank akn selalu menjadi sasaran..
    InshaAllah semua nya akan baik :)

    ReplyDelete
  11. Hmm..sedihnya:'( nangis baca entry ni

    ReplyDelete